Judul: Hilyatul Auliya' (Sejarah & Biografi Ulama Salaf) Jilid 1 | Judul Asal ('Arab): Hilyatul Auliya' wa Thabaqatul Asyfiya’ | Tahqiq: 'Abdullah al-Minsyawi, Muhammad Ahmad 'Isa, & Muhammad 'Abdullah al-Hindi | Penulis: Al-Hafiz Abu Nu'aim al-Ashfahani rahimahullah (Wafat: 430H) | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1.2kg | Muka Surat: 865m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
'Abdullah B. Mas'oud radhiyallahu 'anhu berkata: "Sesiapa
hendak mencari contoh tauladan, hendaklah dia mengambil tauladan
daripada orang-orang yang telah mati (para sahabat Nabi). Kerana orang
yang hidup masih tidak terjamin aman dari ancaman fitnah."
Demikianlah
kata-kata Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu dalam mengungkap keutamaan
para salaf dari kalangan sahabat-sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa
Sallam. Maka, tidak seharusnya kita meremehkan pesanan dan wasiat beliau
ini. Jadi, sebelum kita mahu mengambil, meneladani, dan mencontohi para
salaf dari kalangan sahabat-sahabat Nabi, tidak dapat tidak wajib bagi
kita untuk mengenali mereka dengan baik. Dengan mengenalnya barulah kita
mampu meraih tauladan yang sebenar. Dengan mengenalnya pasti kita akan
jatuh cinta.
Begitu
banyak buku-buku yang mengisahkan tentang perjalanan hidup, sirah,
thabaqat (status dan tingkat kedudukan), biografi, karektor, sejarah para Salafus soleh; yang
mana salah satu di antaranya adalah kitab ini -: Hilyatul Auliya' wa
Thabaqatul Asyfiya’ (Perhiasan para wali dan tingkatan orang-orang
‘suci’). Kitab ini merupakan sebuah kitab berbentuk ensiklopedia Islam
yang membentangkan sejarah dan biografi para ulama Salaf terdahulu
secara terperinci. Penulisnya, Al-Hafiz Abu Nu'aim al-Ashfahani
rahimahullah mengutarakan di dalamnya hadis-hadis yang banyak berserta
atsar-atsar salaf lengkap bersanad.
Hadis-hadis
dan atsar-atsar tersebut semuanya menceritakan, mengkhabarkan,
merakamkan, dan menjelaskan sejarah hidup generasi Islam bermula dari
generasi Sahabat, Tabi’in, tabiut Tabi’in, dan selainnya yang mengikuti
mereka dengan baik dari kalangan ulama-ulama Sunnah terawal.
Metode
penulisan kitab ini dianggap sangat klasik dan menumental, kerana
setiap kisah, perkataan, dan biografi ulama Salaf yang dihimpunkan di
dalamnya diungkapkan secara utuh menggunakan hadis-hadis dan atsar-atsar
salaf yang lengkap, sehingga keaslian, jalan datangnya, dan
keabsahannya setiap khabar boleh dipertanggungjawabkan secara ilmiyah
berpandukan penelitian ilmu dan kajian hadis atau atsar (riwayat).
Oleh sebab itulah buku ini menjadi antara rujukan utama dalam disiplin ilmu Sejarah ahli sunnah wal-jama'ah.
Kitab Hilyatul Auliya' wa Thabaqatul Asyfiya’, ini ditulis oleh al-Imam Abu Nu’aim al-Ashfahani rahimahullah. Nama lengkap beliau adalah Ahmad B. 'Abdullah B. Ahmad al-Ashfahani. Beliau lahir pada tahun 336H, dan wafat pada tahun 430H.
Beliau adalah seorang ulama memliki keutamaan yang begitu besar dan kemampuan ilmu yang hebat. Ibnu Mardawaih rahimahullah mengatakan:
"Abu
Nu'aim adalah orang yang didatangi ramai orang pada zamannya. Di
seluruh penjuru dunia ini tidak ada orang yang lebih baik sanad dan
hafalannya berbanding beliau. Para huffaz (penghafal Hadis) dunia
berkumpul di sisi beliau. Sehingga setiap hari menjadi giliran salah
seorang di antara mereka untuk membaca
apa yang diinginkan sampai masuk waktu Dzuhur. Lalu ketika beliau (Abu
Nu'aim) pulang ke rumahnya, adakalanya ada orang yang membaca satu juzuk
bahagian di hadapannya selama dalam perjalanan dan beliau sama sekali
tidak mengeluh. Beliau selalu sibuk dengan menulis atau menyampaikan
Hadis."
Imam adz-Dzahabi rahimahullah mengatakan: "Beliau adalah Imam al-Hafiz (penghafal Hadis), ats-Tsiqah (terpercaya), sangat alim, Syaikhul Islam."
Imam al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah mengatakan: "Aku tidak
melihat orang yang layak menyandang gelaran al-Hafiz (pada zaman
tersebut) selain dua orang: Abu Nu'aim al-Ashfahani dan Abu Hazim
al-A'raj."
Syaikhul
Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah pernah ditanya tentang orang yang
berhajat mendengar kitab-kitab Hadis dan Tafsir dibacakan. Tetapi ketika
kitab Hilyatul Auliya’ dibacakan kepadanya, orang tersebut tidak mahu
mendengarkannya, maka Ibnu Taimiyah rahimahullah pun menjawab, "Abu
Nu'aim adalah salah seorang penghafal hadis terkemuka, penulis buku yang
banyak dan terbilang, dan karya tulisnya banyak dimanfaatkan orang.
Beliau lebih besar daripada sekadar digelar tsiqah (terpercaya). Kerana
kualiti kemampuannya lebih tinggi daripada gelar tersebut, dan kitabnya
(Hilyatul Auliya') adalah salah sebuah buku terbaik yang mengungkap
kisah-kisah orang-orang zuhud. Walaupun demikian, di dalamnya terkandung
sebahagian darinya hadis-hadis dan kisah-kisah yang batil." (Majmu'
Al-Fatawa, I8/17)
Ibnu Nashiruddin ad-Dimasqi rahimahullah mengatakan: "Ketika kitab Hilyatul Auliya' selesai disusun, mereka membawanya ke Naisabur dan terjual dengan harga 400 Dinar."
Beberapa bentuk Kritikan terhadap Kitab ini dan solusinya:
1. Banyak memuatkan hadis-hadis yang maudhu' (palsu), tanpa disertakan sebarang penjelasan.
2.
Menyandarkan perilaku kaum sufi (tasawuf) kepada para sahabat terkemuka
seperti Abu Bakar, 'Umar dan 'Utsman, juga kepada para imam terkemuka
selain mereka.
3.
Menyebutkan kisah-kisah dan banyak perkara aneh berkaitan kesufian yang
tidak boleh diamalkan. Kerana boleh jadi ia mungkin akan didengar oleh
pemula yang sedikit ilmunya, dan menganggap bahawa itu semua adalah baik
lalu kemudian ia pun diamalkan.
4.Terlalu
banyak menyebutkan perkara-perkara yang bukan menjadi bahagian dari
tema utama kitab ini (iaitu kisah tentang orang-orang zuhud). Contohnya,
penulis banyak menyebutkan cerita tentang orang-orang zuhud yang
adakalanya keluar dari perbahasan tentang ibadah dan kezuhudan mereka.
Oleh
sebab itulah, dalam edisi terjemahan ini, ia diambil dari sumber kitab
asal yang telah ditahqiq atau melalui proses penelitian status
riwayat-riwayat hadis-hadis dan atsar-atsarnya. Secara umumnya bagi
edisi ini:
1. Telah diteliti kedudukan kitabnya, teks-teksnya, dan mengesahkan status redaksinya.
2.
Memberi takhrij (status keabsahan) hadis-hadisnya dan atsar-atsarnya
dengan disertakan pada nota kaki dengan merujuk kepada kitab-kitab sahih
lainnya.
3. Memberi penjelasan terhadap kalimat-kalimat atau perkataan-perkataan yang sukar difahami maknanya dalam kitab asalnya.
Oleh
itu, para pembaca yang berhajat terhadap kitab ini dalam menambah
wawasan pembacaan, mendapatkan manfaat yang banyak, tambahan ilmu,
meraih mutiara kata ulama generasi awal, menuai wasiat mereka, dan
menguasai keluasan maklumat terhadap kehidupan para salaf; tidaklah
perlu bimbang dari tercampur antara riwayat-riwayat yang sahih dengan
sebaliknya. Kerana semua itu, insyaAllah telah disaring dan diberi
penjelasan terutamanya pada nota kakinya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer