Seperti yang kita ketahui, Iran adalah
salah satu negara Syiah terbesar di dunia. Iran terkenal dengan
sejarahnya iaitu ‘Revolusi Islam Iran’ yang dipimpin oleh Ayatullah
Khomeini, seorang pemimpin besar Syiah. Namun, pernahkah kita bertanya,
“mengapa Syiah itu berpusat di Iran dan tidak di negara lain?” Untuk
menjawab persoalan berkenaan, maka adalah seharusnya kita kembali
kebelakang, mengkaji sejarah masa lalu.
Iran merupakan negara yang dahulunya dikenali dengan nama Parsi.
Parsi merupakan sebuah kerajaan yang besar dimana majoriti penduduknya
menganut agama Majusi (penyembah api, atau lebih dikenal sebagai
Zoroasterisme). Kehidupan mereka mewah dengan harta benda, kerana
sememangnya kota-kota di Parsi itu indah dan subur, serta peradabannya
cukup maju pada masa itu.
Pada abad ke-7 Masihi, ketika cahaya Islam baru sahaja menjadi satu
kuasa besar dalam percaturan kekuasaan di dunia, Islam tampil sebagai
‘rising star’ dibawah pimpinan Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar
mengembangkan wilayah Islam sehingga ke Parsi, dimana pada ketika itu
Parsi bernama Sassania. Pertempuran tentera Islam melawan tentera Parsi
yang dikenali dengan nama peperangan Qadisiyah, diantara Saad bin Abi
Waqqash melawan panglima Parsi, Rustum. Parsi akhirnya kalah. Peperangan
demi peperangan melemahkan lagi empayar Parsi sekaligus membawa Kaisar
Parsi di ambang kehancuran. Akhirnya Empayar Parsi benar-benar runtuh
dalam Perang Madain pada tahun 651 Masihi.
Pada ketika itu, banyak kaum Majusi yang berpura-pura memeluk agama
Islam. Niat mereka hanyalah satu : untuk menghancurkan Islam dari dalam.
Mereka menyusun rancangan demi meruntuhkan kekuasaan kaum muslimin
dengan cara menyelewengkan ajaran Islam dengan mencampur adukkan aqidah
Majusi dan Yahudi. Dan antara rancangan lain yang yang termasuk dalam
strategi melemahkan Islam adalah dengan pembunuhan Umar Al-Khattab,
Khalifah Islam yang telah meruntuhkan empayar Majusi Kaisar Parsi. Hal
itulah yang menjadikan Syiah benar-benar benci kepada Umar Al-Khattab.
Kebencian yang terlalu tinggi itu dipotretkan lagi apa bila mengagungkan
Abu Lu’luah (pembunuh Khalifah Umar) dengan gelaran ‘Bapa Pembela
Agama’
Sementara salah seorang puteri kaisar terakhir mereka, yaitu
Yazdegerd III telah menjadi tawanan kaum Muslimin sejurus kejatuhan
Kaisar Parsi. Puteri Kaisar itu akhirnya dinikahkan dengan Hussein bin
Ali bin Abi Thalib. Maka, kerana ini jugalah mereka begitu fanatik dan
cenderung ‘mendewakan’ Hussein bin Ali, ekoran Hussein memiliki
keturunan dari puteri Sassania yang mereka anggap sebagai keramat.
Disini terjawablah sudah mengapa Syiah berpusat di Iran. Syiah adalah
agama yang ‘dilahirkan’ bagi membalas dendam kekalahan Kaisar Parsi
terhadap Islam. Syiah adalah simbol hasad dan kemarahan kaum Parsi
kepada bangsa Arab amnya dan kaum Muslimin khasnya.
http://networkedblogs.com/O7lWK
(nahimunkar.com)
http://networkedblogs.com/O7lWK
(nahimunkar.com)
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer