Seorang lelaki yang soleh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di
pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat Sebuah apel jatuh keluar
pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat apel yang merah ranum itu
tergeletak di tanah membuat air liur Tsabit terbit, apalagi di hari
yang panas dan tengah kehausan. Maka tanpa berfikir panjang dipungut
dan dimakannyalah buah apel yang lazat itu, akan tetapi baru
setengahnya di makan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan
dia belum mendapat izin pemiliknya.
Maka ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu hendak menemui
pemiliknya agar meninta dihalalkan buah yang telah dimakannya. Di kebun
itu ia bertemu dengan seorang lelaki. Maka langsung saja dia berkata,
“Aku sudah makan setengah dari buah apel ini. Aku berharap anda
menghalalkannya”. Orang itu menjawab, “Aku bukan pemilik kebun ini. Aku
Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya”.
Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, “Dimana rumah pemiliknya?
Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan apel yang telah ku makan
ini.”Pengurus kebun itu memberitahukan, “Apabila engkau ingin pergi
kesana maka engkau harus menempuh perjalan sehari semalam”.
Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu.
Katanya kepada orang tua itu, “Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi
menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan apel yang tidak
halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah s.a.w.
sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: “Siapa yang tubuhnya tumbuh
dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka”
Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia
langsung mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu,
Tsabit langsung memberi salam dengan sopan, seraya berkata,” Wahai tuan
yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah apel tuan
yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa
yang sudah ku makan itu?”
Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu
dia berkata tiba-tiba, “Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali
dengan satu syarat.” Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana
takut ia tidak dapat memenuhinya. Maka segera ia bertanya, “Apa syarat
itu tuan?” Orang itu menjawab, “Engkau harus mengawini putriku !”
Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu,
maka dia berkata, “Apakah kerana hanya aku makan setengah buah apelmu
yang keluar dari kebunmu, aku harus mengawini putrimu?”
Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Ia malah
menambahkan, katanya, “Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu
dulu kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu,
dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!”
Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir
dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia persunting
sebagai isteri gara-gara setengah buah apel yang tidak dihalalkan
kepadanya? Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi, “Selain syarat
itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !”
Namun Tsabit kemudian menjawab dengan mantap, “Aku akan menerima
pinangannya dan perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan
transaksi dengan Allah Rabbul ‘alamin. Untuk itu aku akan memenuhi
kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap
Allah selalu meridhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan
kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta’ala”.
Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua
saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkahwinan
selesai, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit
hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam
walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang
berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka iapun
mengucapkan salam, “Assalamu”alaikum…”
Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini resmi
jadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk
hendak menghampiri wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut
tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi
isterinya itu menyambut uluran tangannya.
Tsabit sempat terhentak menyaksikan kenyataan ini. “Kata ayahnya dia
wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik.
Jika demikian berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar
dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh
tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan
tangan dengan mesra pula”, Kata Tsabit dalam hatinya. Tsabit berfikir,
mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan
yang sebenarnya ?
Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, “Ayahmu
mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?” Wanita itu kemudian
berkata, “Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang
diharamkan Allah”. Tsabit bertanya lagi, “Ayahmu juga mengatakan bahawa
engkau tuli, mengapa?” Wanita itu menjawab, “Ayahku benar, kerana aku
tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat
ridha Allah.
Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?”
Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. Tsabit
mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita
itu berkata, “aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya
menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta’ala saja. Aku juga
dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang
boleh menimbulkan kegusaran Allah Ta’ala”.
Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat soleh dan
wanita yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang
isterinya, “Ketika kulihat wajahnya… Subhanallah, dia bagaikan bulan
purnama di malam yang gelap”.
Tsabit dan isterinya yang salihah dan cantik itu hidup rukun dan
berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putra yang
ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al
Imam Abu Hanifah An Nu’man bin Tsabit.
source: akhwatmuslimah
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer